Journey of Life
Thursday, September 26, 2013
Aku tidak tahu di mana hendak aku mulakan coretan malam ini. Entahlah sejak kebelakangan ini ada kelainan yang aku rasakan. Little by little, the petals of him began to slowly reveal. Semasa malam 'moon cake festival' aku diingatkan oleh seseorang bahawa dia seorang yang licik. Namun aku anggap itu sebagai angin lalu.
Aku ada menerima SMS dari mereka yang tidak aku kenali mengatakan dia seorang yang buas dan tidak pernah puas dengan seorang. Aku kematian kata-kata apabila di tebak dengan soalan-soalan yang tidak mahu aku dengar.
Tolonglah...jangalah aku dikecewakan sekali lagi...betapa sakitnya hanya aku yang tahu. Aku mula menyayanginya dengan sepenuh hati. Aku cuma akan menumpukan kepada dia sahaja selain dari keluargaku.
Aku mula bimbang kerana kelopak demi kelopak mula tersingkap...setiap kelopak mempunyai ceritanya
Sunday, September 8, 2013
It was very painful. too painful
Semalam ada berlaku pertengkaran antara aku dan dia. Akhirnya dia mengaku memang dia ada berjumpa seseorang di Seremban tanpa pengetahuanku. Hancur luluh hatiku. Sakit sangat...sangat sakit.
Apatah lagi apabila terbaca bait-bait ayatnya, aku tidak perlu tahu dengan siapa dia jumpa. Dan aku bertanya, "Is it wise for you to go and meet someone else behind my back surreptitiously?". He said,"YES!". Seemed like a great blow to my face.
Aku tahan airmataku dari mengalir...tapi empangan yang aku sangkakan kukuh ini tidak cukup kuat menahan arus kekecewaan dalam hatiku...Ianya pecah. Aku sedar dan tahu dia mengambil berat dan menyayangi aku tetapi susah kah berlaku adil dan jujur kepadaku. Aku sedar aku tidak sempurna namun aku cuba jadi yang terbaik untuk dia.
I can not and have no right to question the about this kind of relationship, tetapi apa yang pasti aku cinta dia. Semalam aku tidak nyenyak tidur, tidak dapat menikmati waktu tidur yang sempurna.
Aku tidak tahu kepada siapa hendak aku mengadu dan meluahkan rasa hati...hanya di blog ini aku meluahkan rasa gundah, sedih, pilu.
Entah lah...
Friday, September 6, 2013
Beginilah aku...bila aku mula menyayangi seseorang aku akan memberi sepenuhnya. Tapi adakah betul tindakanku ini. Hari ni aku sedih...truly sad
Hanya disebabkan kunci, i have been accused for something that was not done by me. Aku manusia dan sepatutnya sebelum berkata apa-apa fikir dahulu apa perasaan orang lain
Aku terfikir bila ada yang memberitahu aku dia tidak jujur. Dalam masa yang sama dia ada berpoya-poya denga beberapa orang lain di FB dan dia juga jumpa seseorang di Seremban baru-baru ini.
Kenapa aku perlu rasa kecewa. Adakah aku tidak mempercayainya? apakah aku masih ragu-ragu akan kejujurannya. Tetapi adakah dia benar-benar jujur?
Aku cuba menjadi sesempurna yang mungkin untuk dia. Tetapi aku tahu aku tidak mempunyai semua yang dia mahukan.
Entahlah...sejujurnya aku sayang sangat padanya

Friday, August 23, 2013
Aku mula mengenalinya hanya sebagai teman, namun kesungguhannya menjadikan hati aku terpaut. aku sayangkan dia..sayang sangat. Dia memberi perhatian dan begitu mengambil berat akan diri aku. Umurnya masih muda..teramat muda. Tapi dia matang.
Seikhlasnya aku mencintainya, walaupun masih tebal rasa sakit apabila dikecewakan.
Pertemuan pertama kami bermula setelah dia memberanikan diri BBM aku. Sejujurnya aku juga sudah lama memerhatikannya dalam diam. Namun aku hanya memandangnya dari jauh. Untuk menegurnya jauh sekali kerana apa yang aku tahu dari teman-teman dia sudah mempunyai teman istimewa dari Brunei.
Tetapi setelah menerima BBM darinya hatiku berbaur riang. Dan kini kami sudah secara rasminya menjadi pasangan, Aku gembira tapi ada masanya aku tertanya-tanya akan kesetiannya...kejujurannya..aku jadi takut...
Aku akui aku kurang dalam serba serbi dan dia boleh memiliki seseorang yang lebih baik 1000 kali dari aku...cuma aku berharap dia tidak berlaku dan kebahagiaan ini tidak berlalu terlalu cepat... dan jika ianya berlaku biarlah dengan cara yang tidak terlalu melukakan...
Sunday, January 27, 2013
Saturday, October 20, 2012
Tanggal 10 October yang menyakitkan
Sepanjang hari ini aku berasa tidak tenteram...Selepas mandi dan solat aku berbaring di atas tilam di kamar tidurku. Aku masih teringat-ingat kata-kata yang kurang menyenangkan, hati ku kembali cemas dan berkocak. Aku bbm 'si dia', "Boleh syah tahu siapa Syah di hati Z?" Dia hanya membalas dengan sad face!
"Love has changed, and i don't know why, out of sudden i fell in love with someone esle!" begitu mudah? Ketika aku melangkah keluar dari keretanya dia hanya mendiamkan diri. Aku menyusuri jalan dibawah hujan lebat menuju kekereta ku. Sesekali aku menoleh, tiada. Dan aku tahu ini adalah pengakhirannya.
Kasih yang kebelai dan kusirami dengan sayang dan cinta, akhirnya dituai oleh orang lain. Itu lah kehidupan. Sukar untuk aku melangkah, hanya airmata mengiringi.
Tiba dirumah FS menghubungi ku. Aku kawal hati ku, namun empangan airmataku pecah. Aku menangis lagi. FS mententeramkan ku....terima kasih FS

Saturday, February 18, 2012
www.youtube.com/watch?v=9O3M_fDuMmI |
Subscribe to:
Posts (Atom)