Thursday, September 26, 2013

Aku tidak tahu di mana hendak aku mulakan coretan malam ini. Entahlah sejak kebelakangan ini ada kelainan yang aku rasakan. Little by little, the petals of him began to slowly reveal. Semasa malam 'moon cake festival' aku diingatkan oleh seseorang bahawa dia seorang yang licik. Namun aku anggap itu sebagai angin lalu. Aku ada menerima SMS dari mereka yang tidak aku kenali mengatakan dia seorang yang buas dan tidak pernah puas dengan seorang. Aku kematian kata-kata apabila di tebak dengan soalan-soalan yang tidak mahu aku dengar. Tolonglah...jangalah aku dikecewakan sekali lagi...betapa sakitnya hanya aku yang tahu. Aku mula menyayanginya dengan sepenuh hati. Aku cuma akan menumpukan kepada dia sahaja selain dari keluargaku. Aku mula bimbang kerana kelopak demi kelopak mula tersingkap...setiap kelopak mempunyai ceritanya

Sunday, September 8, 2013

It was very painful. too painful

Semalam ada berlaku pertengkaran antara aku dan dia. Akhirnya dia mengaku memang dia ada berjumpa seseorang di Seremban tanpa pengetahuanku. Hancur luluh hatiku. Sakit sangat...sangat sakit. Apatah lagi apabila terbaca bait-bait ayatnya, aku tidak perlu tahu dengan siapa dia jumpa. Dan aku bertanya, "Is it wise for you to go and meet someone else behind my back surreptitiously?". He said,"YES!". Seemed like a great blow to my face. Aku tahan airmataku dari mengalir...tapi empangan yang aku sangkakan kukuh ini tidak cukup kuat menahan arus kekecewaan dalam hatiku...Ianya pecah. Aku sedar dan tahu dia mengambil berat dan menyayangi aku tetapi susah kah berlaku adil dan jujur kepadaku. Aku sedar aku tidak sempurna namun aku cuba jadi yang terbaik untuk dia. I can not and have no right to question the about this kind of relationship, tetapi apa yang pasti aku cinta dia. Semalam aku tidak nyenyak tidur, tidak dapat menikmati waktu tidur yang sempurna. Aku tidak tahu kepada siapa hendak aku mengadu dan meluahkan rasa hati...hanya di blog ini aku meluahkan rasa gundah, sedih, pilu. Entah lah...

Friday, September 6, 2013

Beginilah aku...bila aku mula menyayangi seseorang aku akan memberi sepenuhnya. Tapi adakah betul tindakanku ini. Hari ni aku sedih...truly sad
Hanya disebabkan kunci, i have been accused for something that was not done by me. Aku manusia dan sepatutnya sebelum berkata apa-apa fikir dahulu apa perasaan orang lain
Aku terfikir bila ada yang memberitahu aku dia tidak jujur. Dalam masa yang sama dia ada berpoya-poya denga beberapa orang lain di FB dan dia juga jumpa seseorang di Seremban baru-baru ini.
Kenapa aku perlu rasa kecewa. Adakah aku tidak mempercayainya? apakah aku masih ragu-ragu akan kejujurannya. Tetapi adakah dia benar-benar jujur?
Aku cuba menjadi sesempurna yang mungkin untuk dia. Tetapi aku tahu aku tidak mempunyai semua yang dia mahukan.
Entahlah...sejujurnya aku sayang sangat padanya